Friday 23 December 2011

BolaBola

Gergasi Itali mahu sambar torres secara       pinjaman..






AC Milan bersedia membuat langkah nakal untuk mendapatkanFernando Torres secara pinjaman.
Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas menegaskan striker itu bukan untuk dijual pada Januari, dan urus niaga pinjaman juga seolah-olah tidak mungkin.
Namun, Milan akan cuba meyakinkan Blues untuk bertindak sebaliknya, selepas bergelut dengan pakej kewangan yang cukup baik bagi mendaratkan pemain Manchester City iaitu Carlos Tevez.
Gergasi Itali akan menawarkan membayar gaji penuh Torres dan menstrukturkan pilihan peralihan kekal £30 juta dalam mana-mana perjanjian pada musim panas hadapan.
Villas-Boas telah kehilangan Nicolas Anelka kepada kelab di China pada Januari, manakala Didier Drogba dan Salomon Kalou akan bertugas di Piala Bangsa-Bangsa Afrika bulan depan.
Itu akan menjadikan mana-mana perjanjian pinjaman untuk Torres mustahil, tetapi tidak akan menghentikan Milan membuat pertanyaan dan menawarkan striker Sepanyol yang bergelut itu ke jalan keluar.


suarez kena gantung lapan perlawanan



Luis Suarez telah dikenakan penggantungan lapan perlawanan kerana didapati bersalah mengeluarkan kecaman berbaur perkauman terhadap pemain pertahanan Manchester United,  Patrice Evra, sekaligus mencetuskan reaksi berang Liverpool terhadap keputusan FA tersebut.
Satu kenyataan FA menyebut bahawa penyerang Uruguay berusia 24 tahun itu telah menggunakan perkataan yang turut ‘termasuk rujukan mengenai warna kulit Mr Evra’ semasa United dan Liverpool bertemu di Anfield pada 15 Oktober lalu, yang jelas serius melanggar peraturan badan berkuasa bola sepak England itu.
Selepas menghabiskan empat hari mempertimbangkan bukti dari perbicaraan disiplin minggu lepas, Jawatankuasa Peraturan Bebas yang dianggotai tiga individu turut mendenda Suarez sebanyak £40,000.
Liverpool segera mengutuk hukuman tersebut, menyerang proses membuat keputusan FA dan mengandaikan mereka telah pun memutuskan Suarez bersalah sebelum mendengar hujah pemain tersebut semasa perbicaran.
Kelab mengeluarkan kenyataan selepas keputusan perbicaraan disiarkan kepada umum di laman sesawang FA.
Ia berbunyi: "Kami melihat bahawa FA berazam untuk mengenakan dakwaan ke atas Luis Suarez walaupun sebelum menyoalsiasatnya."


PSG tidak akan halang jalan milan bagi langkah tevez







Kelab berbelanja besar Perancis, Paris St Germain memberitahu AC Milan bahawa mereka tidak akan menghalang percubaan sisi Itali itu bagi menandatangani pemain Manchester City, Carlos Tevez.
 
Laporan di Itali menyatakan PSG, yang turut dikaitkan dengan David Beckham, bersedia menewaskan Milan dalam perlumbaan bagi menandatangani striker Argentina itu pada Januari.
 
Namun pengarah bola sepak PSG, Leonardo yang juga bekas pemain dan jurulatih Milan, memberitahu akhbar Itali, La Repubblica, "Saya tak akan curi Tevez dari Milan."
 
"Saya tak menghubungi pemain dan saya tak akan campur tangan hal berkaitan The Rossoneri."
 
"Walaupun saya tak berkongsi pandangan dengan (pemilik AC Milan Silvio) Berlusconi yang bermakna adalah mustahil bagi saya untuk kekal di Milan, hubungan saya dengan kelab itu baik."
 
Tetapi Leonardo mengisyaratkan bahawa jika ada apa-apa yang tak betul dalam rancangan Milan untuk Tevez, PSG akan lebih gembira untuk melangkah masuk.
 
"Kami sedang lihat (pemain) tanpa mengganggu sesiapapun," katanya.
 
"Tapi jika mentor saya (naib presiden AC Milan, Adriano) Galliani mengubah rancangan, maka kami berminat."



perpindahan cahill ke chelsea




Gary Cahill akan meninggalkan pertarungan penyingkiran divisyen untuk perjuangan memenangi liga menerusi perpindahan £7 jutanya ke Chelsea bulan hadapan.
 
Bolton akan membenarkan bek tengah itu membincangkan terma peribadi sebaik saja jadual perlawanan musim Krismas berakhir selepas harga perpindahan dipersetujui.
 
Cahill akan menyempurnakan perpindahan impiannya seawal Januari ini sekaligus menghalang sebarang bidaan lewat.
 
Tottenham — yang telah lama memantau bintang Bolton tersebut — mungkin akan membuat kejutan dengan bidaan minit akhir.
 
Namun  Cahill, yang tamat kontrak di penghujung musim ini, yakin masa depannya terletak di  Stamford Bridge dalam perpindahan yang akan mencerahkan peluangnya ke dalam skuad Kejohanan Eropah 2012 England.
 
Pengurus Chelsea, Andre Villas Boas telah melihat bahagian pertahanannya teruk diasak musim ini dan beliau begitu tertarik melihat persefahaman gandingan Cahill dengan kapten pasukannya John Terry di bahagian pertahanan tengah England baru-baru ini.
 
Pemain muda Chelsea, Josh McEachran — yang pada mulanya dijangka akan menghabiskan musim ini di Bolton — tidak akan berpindah ke sana.
 
Bos Owen Coyle telah pun memiliki khidmat  Gael Kakuta dari Stamford Bridge secara pinjaman sementara dan peraturan menyebut bahawa tiada kelab dibenarkan meminjam dua pemain dari kelab yang sama dalam satu musim.


Bale boleh terlepas pertembungan spurs dengan chelsea







Tottenham mungkin akan beraksi tanpa Gareth Bale bagi pertemuanhari Khamis menentang Chelsea selepas pengurus, Harry Redknapp mendedahkan pemain sayapnya itu bergelut dengan kecederaan buku lali.
 
Bale terseliuh buku lali dalam latihan hari Jumaat dan terlepas kemenangan 1-0 ke atas Sunderland di White Hart Lane Ahad lalu.
 
The Londoners akan merasai ketiadaan Bale yang biasanya memberi kelajuan di bek kiri, dan mereka menerima tamparan hebat lain apabila Aaron Lennon dikeluarkan ketika separuh masa pertama akibat kecederaan yang disyaki koyakan hamstring.
 
Pemain sayap England itu akan melalui imbasan pada kecederaan dan pasti akan terlepas perlawanan malam Khamis, manakala Bale juga turut diragui.
 
Redknapp berkata, "Bale terseliuh buku lali. Dia alaminya semasa latihan. Dia fikir segalanya okay, kemudian dia pulang ke rumah berehat seketika sebelum sedar yang kakinya masih sakit."